Saturday, February 7, 2015

Temuramah Jabatan Pertanian


Sesi Temuramah bersama Jabatan Pertanian

Tajuk : Operasi
Tarikh : 20 Januari 2015 
Masa : 2.00 petang
Tempat : Jabatan Pertanian Bintulu, Jalan Rakawi Yusuf, 97000 Bintulu Sarawak, Malaysia

  • Nama - Henry Tinggang William Jau Saging
  • Tarikh Lahir - 25 Jun 1965
  • Tempat Lahir - Miri
  • Jawatan - Pembantu Pertanian Kanan dan Project Monitoring Units(PMU)
  • Tempoh Perkhimatan - 20 Tahun

Objektif Jabatan Pertanian
Pengenalan 

Apakah matlamat Jabatan pertanian? Jabatan pertanian ialah institusi yang membantu para petani dan peniaga yang ingin memulakan perniagaan dari aspek pemberian barang keperluan / bantuan  seperti INPUT dan PERALATAN. Malah bantuan ini juga dikenali sebagai Skim subsidi  dimana ia tidak diberi 100% atau sepenuhnya dan hanya bertujuan untuk membantu para petani dan peniaga dalam meringankan bebanan untuk  menampung  keperluan mereka. Di samping itu, jabatan pertanian tidak hanya memberi bantuan kepada para petani sahaja, mereka juga memberi bantuan terhadap perniagaan lain seperti perniagaan makanan seperti kedai pemprosesan daging, roti dan gerai  burger. Bantuan jenis ini disenaraikan di bawah INDUSTRI ASAS TANI DAN MAKANAN oleh pihak jabatan pertanian.

Antara contoh bantuannya dari segi INPUT LADANG ialah seperti baja, benih dan racun perosak manakala bagi INPUT INDUSTRI ASAS TANI DAN MAKANAN pula seperti gula, tepung, daging  dan bahan mentah lain. Selain itu, bantuan dari segi PERALATAN LADANG pula seperti mesin pemprosesan, jentera dan sebagainya. Malahan bantuan juga tidak akan diberi dalam bentuk kewangan oleh pihak jabatan kepada pemohon kerana kuatir dalam penyalahgunaan wang tersebut kelak.
Borang Permohonan 

Permohonan untuk mendapatkan bantuan dibuka sepanjang tahun tahun iaitu bermula  pada tarikh 1 Mei sehingga akhir tahun. Walaubagaimanapun pada  tarikh 1 Januari sehingga 31 April permohonan akan ditutup kerana untuk tujuan memprosesan , menapis dan meluluskan permohonan.  Antara syarat lain permohonan bantuan ialah pemohon mestilah berumur 18 tahun dan keatas serta tidak uzur. Tambahan juga permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak mengira bangsa, agama  dan status negeri. Walaubagaimanapun permohonan hanya boleh dilakukan sekali sahaja iaitu semasa permulaan pertanian dan perniagaan. Contoh borang permohonan seperti di bawah:-


Peruntukan Bantuan

Faktor terpenting ialah JUMLAH PERUNTUKKAN BANTUAN ditetapkan oleh Jabatan Pertanian sendiri dan Ibu Pejabat Jabatan Pertanian di Kuching,Sarawak. Disamping itu ia juga ditentukan oleh jumlah permohonan bagi sesuatu jenis bantuan tersebut seperti penanaman jagung bagi sesuatu kawasan. Selain itu, bantuan diberi keutamaan kepada petani dan peniaga yang aktif terhadap projek sahaja. Justeru itu pihak jabatan akan melakukan pemantauan sebulan sekali oleh pegawai perkembangan kawasan untuk memeriksa aktiviti mereka samaada aktif atau sebaliknya.

Kursus

Seterusnya pihak jabatan pertanian juga menyediakan Institusi traning(kursus) dan praktikal kepada pemohon/peserta yang berminat secara percuma selama 2 hari. Di samping itu, khidmat nasihat juga disediakan kepada para petani khususnya bagi membantu mereka memperkembangkan dan meluaskan lagi sektor pertanian. Tambahan juga peserta kursus ini akan diberi elaun dan sijil penyertaan secara percuma. Antara contoh kursus dan latihan yang diadakan ialah seperti teknik penanaman sayur dan crop protection.  Untuk keterangan lanjut bagi kursus ini adalah seperti di dalam gambar dibawah:-



Rumusan

Jabatan pertanian akan memberi bantuan kepada para petani dan industri asas tani dan makanan dalam bentuk input dan peralatan sahaja bukan dari segi nilai mata wang. Bantuan ini akan membantu meringankan bebanan dan meningkatkan pendapatan peniaga dan juga petani. Konklusinya bantuan akan diberi sekiranya pemohon aktif terhadap projek yang dipohon tersebut dahulu dan seterusnya akan dipantau oleh pihak jabatan untuk pemeriksaan sebelum bantuan diberi untuk mengelakkan penipuan dan janji kosong sahaja.



No comments:

Post a Comment