Friday, January 16, 2015

Temuramah Agrobank

Tarikh                : 15 January 2015
Jam                   : 11 pagi
Tempat              : Lot 227 Sublot 31, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity Commerce Square,                
                             97000 Bintulu, Sarawak

Agenda :

·         Untuk mempelajari syarat-syarat agensi Agrobank bagi pinjaman kepada peminjam


Pengenalan


  • Agrobank adalah sebuah agensi bank yang menyediakan perkhidmatan kewangan secara menyeluruh 
  • Misalnya memberi pinjaman kewangan dari tahap permulaan projek iaitu, penanaman/ternakan, pengeluaran hasil, pembungkusan dan pengeksport hasil. 
  • Agrobank menyediakan kemudahan perbankan bagi memudahkan keperluan pelanggan mereka untuk kemudahan pembiayaan dan mendapatkan perkhidmatan nasihat. 


Objektif 

Agrobank adalah untuk : 

  • Menggalakkan pembangunan pertanian Malaysia yang kukuh.
  • Menyediakan pembiayaan, pendahuluan dan kemudahan kredit lain  untuk pembangunan sector pertanian dan 
  • Perniagaan berkaitan dengan pertanian.

Rujukan :




Temubual untuk kewangan

Nama : Muhammad Khairurijah bin Kamarulzaman
Jawatan : Consumer Business Officer



Temubual dengan En. Muhammad Khairurijah bin Kamarulzaman.


Sebagai wakil kumpulan, apa yang saya dapat daripada temubual tersebut adalah Agrobank akan memberi pinjaman dari segi kewangan untuk pelanggan yang membuat produk berasaskan pertanian. Pinjaman akan diberi dari tahap penanaman/penternakan, pengeluaran hasil, pembungkusan, dan pengeksport produk. Pembiayaan akan diberi kepada pelanggan mengikut rantaian pemprosesan sesuatu produk dengan syarat kemampuan produk tersebut beroperasi sama ada dalam keadaan yang matang dan tidak matang.

Sebelum memberi pinjaman agensi Agrobank perlu membuat persetujuan dengan pelanggannya untuk memastikan peminjam tersebut mampu bayar balik pinjaman tersebut. Pihak Agrobank tidak akan mengenakan bunga terhadap pelanggan tetapi akan mengambil beberapa peratus daripada hasil jualan mengikut jenis produk. Namun sekiranya, pelanggan tersebut ada membuat pinjam dari agensi lain, pihak Agrobank akan menyemak balik pendapatan pelanggan samaada mampu untuk membayar balik, sekiranya dapat pihak bank akan teruskan bagi pinjaman.

Untuk pelanggan yang mengalami musibah dan tidak berkemampuan untuk membayar balik pinjaman tersebut, perlu membuat penjadualan semula dengan syarat-syarat tertentu seperti rekod kewangan perlu ada.

Kelayakan untuk membuat pinjaman terbuka kepada syarikat milik warga Malaysia ( tidak layak bagi syarikat milik warga asing ), ditubuhkan di Malaysia di bawah akta-akta yang ditetap.


Kelebihan Agrobank adalah penggunaan fleksi yang tertakluk kepada had yang sedia ada. Selain itu, tiada fi komitmen akan dikenakan atas amaun kemudahan yang tidak digunakan juga merupakan kelebihan Agrobank. Bagi jadual pembayaran , agensi Agrobank tiada penjadualan yang tetap. Pelanggan hanya perlu menjelaskan minimum amaun keuntungan bulan yang telah dikenakan mengikut jumlah pengunaan dan jumlah principal yang perlu dibayar sepenuhnya apabila tamat perjanjian atau penyelesaian lain yang dipersetujui oleh Bank.

No comments:

Post a Comment