Sesi
temuramah bersama FAMA
Tajuk : Pemasaran Syarikat
Tarikh : 15/1/2015 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat FAMA Bintulu, Sarawak.
Tempat : Pejabat FAMA Bintulu, Sarawak.
FAMA telah wujud pada 30
September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, dan memajukan pemasaran
keluaran pertanian Malaysia. Encik Jumput Anak Kayam seorang pegawai FAMA di
Bintulu, sebelum ini beliau berada di kuching dan menjadi pegawai FAMA juga. Beliau
baru dipindahkan ke Bintulu selama 1 tahun.
- Apakah itu FAMA? FAMA adalah sebuah lembaga pasaran pertanian persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. FAMA terlibat dengan pembangunan dan operasi. Pembangunan adalah usahawan, aktiviti yang terlibat adalah pasar tani, motosikal 3 roda dan kedai rakyat. Program-program ini adalah dianjurkan oleh pihak kerajaan.
- Urusniagaa adalah yang melibatkan proses jual beli. Segala aktiviti perlulah ada lesen seperti 3 roda perlu mengambil atau memohon lesen C(untuk 3 roda) jika tidak mempunyai lesen segala pemohonan akan tertangguh. FAMA terlibat dalam belian sayur dan buah berfungsi sebagai orang tengah. FAMA juga melibatkan keseimbangan dan meningkatkan pendapatan petani. Urusniagaan membeli mengikut kualiti jika kualiti terlalu rendah, FAMA akan pertimbangkan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Kelebihan jika petani bekerjasama dengan FAMA, FAMA akan membantu dan juga dapat memasarkan barang petani dengan lebih cepat dan dapat keuntungan lebih banyak.
FAMA memasarkan dengan menjual kepada
pelanggan dengan mengambil produk atau barang pertanian dari petani secara
volume seperti (TAN) dan harus mengadakan kontrak selalunya dari
pekebun-pekebun kecil.
Selain itu, FAMA juga membantu petani atau usahawan membuat bungkusan dan FAMA berkerjasama dengan usahawan untuk membuat bungkusan tetapi pada permulaan FAMA akan membantu tetapi untuk kali kedua usahawan akan membuat bungkusan sendiri.
FAMA
memberi khidmat nasihat atau program kepada usahawan, akan buat kursus lihat
keperluan semasa ke semasa. FAMA turut membantu usahawan seperti mesin-mesin
dan FAMA diberi peruntukan RM30,000 dan FAMA tidak membayar sepenuhnya apabila memberi
FAMA 80% dan usahawan 20% dan mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Sumber
matlumat :
1. Pejabat FAMA Bintulu, Sarawak.
Rumusan
Pemasaran adalah kegiatan
yang melibatkan penjualan, hubungan bemasyarakat, penentuan harga barang dan
membantu usahawan untuk meningkatkan keuntungan. FAMA banyak membantu petani
dan usahawa-usahawan untuk memajukan perniagaan mereka malah, FAMA juga banyak memberi
sumbangan kepada usahawan yang
memerlukan. FAMA agensi kerajaan dan banyak program yang telah dianjurkan oleh
FAMA. Pemasaran banyak mengambil risiko
untuk mengambil keuntungan dan dengan
bantuan orang tengah seperti FAMA akan lebih mudah dan berkesan.
No comments:
Post a Comment