Saturday, January 3, 2015

Analisis SWOT & Latar Belakang Industri

Analisis SWOT


Definisi :-

Analisis swot merupakan proses yang berkesan untuk menilai atau menentukan risiko dan ganjaran terhadap sesebuah syarikat. Umumnya cara ini dihgunakan bagi pelancaran produk baru. Analisis swot ini terbahagi kepada dua iaitu faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman merangkumi kekuatan dan kelemahan sesebuah syarikat manakala faktor luaran ialah dari segi peluang serta ancaman.




Latar Belakang Industri

Industri Penternakan di Malaysia

Industri ternakan di Malaysia merupakan satu sector penting dalam pembangunan pertanian di Negara ini. Industry ini melibatkan aktiviti penternakan Lembu/Kerbau, Kambing/Bebiri, Ayam/Itik Pedaging. Ayam/Itik Penelur, Lembu Tenusu dan juga Burung Walit. Sektor ternakan ini menyumbang berbillion ringgit nilai pengeluaran setahun ( Tidak dilaporkan dalam laporan MOA 2010 ) dan Negara kita mempunyai bekalan mencukupi untukan bekalan daging ayam telur, ayam dan burung walit. Walau bagaimanapun bekalan daging lembu dan kambing bebiri Negara masih bergantung dengan Negara dari luar. Negara kita masih mengimport daging terutamanya dari India, Australia dan beberapa negara lain. Pelbagai insentif yang telah dilaksanakan untuk memastikan sector ternakan dalam negara terus berkembang pada masa akan datang.

( Rujukan berdasarkan Laporan Perangkaan Agro Makanan 2010 )

Rekod daripada Kementerian Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veriterinar (JPV) menunjukkan terdapat seramai 43, 310 penternak lembu dan 3, 925 penternak kerbau yang terlibat dalam industry ini sama ada berskala besar, sederhana dan berskala kecil. Jumlah pengeluaran daging segera tempatan direkodkan sebanyak 46, 510 metrik tan dan pada tahun 2010 yang bernilai RM 819.6 juta berbanding pada 2005 Cuma sebanyak RM 535.4 juta. Penggunaan daging oleh penduduk Malaysia sebanyak 162, 360 metrik tan sedangkan bekalan negara cuma 46, 516 metrik tan setahun. Kemungkinan perbezaannya sebanyak 115, 850 metrik tan daging lembu/kerbau yang perlu diimport.

Bagi pengeluaran daging lembu dalam negara ditahap yang rendah dengan Kadar Sara Diri dengan anggaran hanya 23% pada tahun 2005. Oleh itu, negara masih bergantung dengan sumber bekalan daging yang diimport dari luar negara. Namun begitu, permintaan daging lembu sentiasa meningkat bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan domestic dan keperluan industry pemprosesan daging. Sebagai garis panduan dalam meningkatkan pengeluaran daging, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah mengadakan Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara. Terdapat dua objektif utama dasar tersebut adalah untuk meningkatkan populasi ternakan lembu kepada 1.3 juta ekor menjelang tahun 2010 dan meningkatkan pengeluaran daging lembu daripada 18% kepada 23% kadar sara diri (SSL) dengan pengeluaran sebanyak 45, 000 metrik tan daging pada tahun 2010.






Merupakan sumber dari Utusan Online yang mengatakan bekalan daging negara mencukupi walaupun berlaku permintaan tinggi dipasaran antarabangsa terutamanya di China.


Rujukan

No comments:

Post a Comment