Operasi Petitzel Burger
Operasi adalah aktiviti yang melibatkan alatan dan mesin pemprosesan hasil makanan dimana ia dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti produk daging burger. Selain itu, ia juga dapat menghasilkan saiz dan bentuk yang seragam dalam pengeluaran produk daging burger secara sistematik dan berterusan.
Cara Pemprosesan Daging Burger
1. Mesin Pengisar Daging
Mesin ini merupakan mesin khas untuk mengisar daging lembu atau daging ayam menjadi lebih halus dan mudah dibentuk. Malah ia juga memudahkan proses pengadunan dan pembentukan daging burger. Tambahan juga ia dapat meningkatkan mutu penghasilan dan pengeluaran daging.
2. Mesin Pengadun
Mesin ini bertujuan untuk mengaulkan dan sebatikan sesuatu ramuan dalam aktiviti pemprosesan. Sebagai contoh, bahan-bahan seperti daging, lada hitam, telur, rempah campuran, serbuk roti, bawang merah, bawang putih, gula dan garam perlu diadun menggunakan mesin tersebut mengikut sukatan yang telah ditetapkan sehingga ia menjadikan doh daging.
3. Mesin Penimbang
Proses ini perlu dilakukan untuk mendapatkan bentuk dan saiz daging burger yang sama semasa pengeluaran. Malah ia merupakan faktor penting untuk mendapatkan kos jualan, pusingan modal dan hasil jualan yang konsisten. Selepas ditimbang daging tersebut akan dibentuk menjadi bebola mengikut saiz dan bentuk yang sama.
4. Mesin Membentuk Daging.
Mesin ini adalah sebagai mesin untuk mencetak dan membentuk daging burger menjadi bulat dan ketebalan yang sama. Di samping itu, dengan menggunakan alatan mesin ini ia juga dapat membantu pekerja menghasilkan dan membentuk daging burger dalam kuantiti yang lebih banyak dan seragam. Mesin ini berharga RM 1,300.00 kerana ia agak sukar didapati.
Rumusan
Operasi sangat penting dalam industri perniagaan dan juga industri makanan. Ia merupakan medan utama dalam pengeluaran sesuatu produk. Sebagai contoh operasi dapat membangunkan sesuatu perniagaan dalam mencipta sesuatu produk yang baru atau sedia ada.
No comments:
Post a Comment