Friday, January 9, 2015

Temubual Sesi Pertama dengan Ahza Burger

Perbincangan dalam kumpulan

Pada malam ini, kami membincangkan mengenai projek perniagaan kami. Kami telah memilih daging burger sebagai nafas kepada perancangan perniagaan kami yang baru bermula ini. Walaubagaimana, kami mempunyai banyak pilihan mengenai projek perniagaan ini.
Setelah membuat perbincangan secara kumpulan, kami sebulat suara telah memilih daging burger sebagai projek perniagaan kami. Selain itu, terdapat juga perniagaan yang  mempunyai persamaan untuk dijadikan modal utama di daerah Bintulu seperti Mc Donald, Marry Brown dan Burger Ahza. Kumpulan kami memilih Burger Ahza sebagai role modal mengenai penghasilan daging burger yang asli. Setelah perbincangan selesai kami memilih tarikh 22/12/2014 bersamaan 2.00 petang untuk membuat sesi temuramah bersama pemilik syarikat perniagaan Ahza burger.


Temubual





Sesi temuramah bersama pemilik Ahza burger


Ahza burger telah diwujudkan pada tahun 2011 pada awal bulan 3 yang dimiliki oleh pasangan suami isteri yang bernama Encik Ahmadi Bin Imran dan isterinya Zarina Binti Mohammad. Selain itu, Nama Ahza adalah gabungan dari nama pasangan suami isteri tersebut iaitu Ahmadi dan Zarina  dan terciptanya nama Ahza. Perniagaan ini adalah perniagaan sekeluarga, cara pengurusan perniagaan ini hanya sekadar perniagaan biasa yang berniaga dari pukul 6.00 petang sehingga 10.30  malam. Pada mulanya perniagaan ini hanya secara kecil-kecilan bermula dari rumah dan memproses daging sendiri (home made) dan dijadikan burger sebagai perniagaan utama. Penghasilan daging burger yang asli dihasilkan oleh pemilik dengan menggunakan kandungan daging lembu asli sebanyak 95% dan campuran bahan lain seperti kacang soya dan tepung. . Pada setiap malam anggaran jualan burger yang disasarkan adalah 200 biji burger termasuk pelbagai jenis burger. 
  •  Pengurusan pasaran untuk Ahza pada awal perniagaan,mereka hanya membuat tempahan dari laman social seperti Facebook dan panggilan telefon sahaja. Pernigaan Ahza burger telah berdaftar dengan Pejabat Daerah Bintulu untuk mendapatkan lesen perniagaan. Ahza juga mendapatkan bantuan dari usahawan bumiputra Sarawak. Sasaran perniagaan ini, mensasarkan kepada semua peringkat umur terutamanya kepada golongan sibuk berkerja dan tiada masa untuk memasak. Malahan Ahza juga memiliki cawangan di RPR SEBIUW.  Disamping itu, daging perniagaan ini dibekalkan oleh syarikat Sing Chew.

  • Dari segi pengurusan kewangan sangat ringkas di mana, apabila modal kewangan dan pembelian produk asas perniagaan dilakukan pemilik akan menyimpan segala resit atau pun bil dan akan direkodkan sebagai bukti dan dijadikan penyata kewangan. Tambahan juga, keuntungan akan diperoleh sebanyak 30% hingga 40% dalam masa sebulan. Seterusnya, pemilik juga menentukan harga setiap jenis burger berdasarkan kos barang itu dan hasil jualan. Apabila selesai sesi penjualan burger pada setiap hari Encik Ahmadi akan merekodkan setiap hasil jualan burger dan keuntungan diperolehinya. 


 penyata dan resit-resit kewangan setelah membuat bayaran dan pembelian barang. Resit-resit dan penyata kewangan ini disimpan untuk bukti dan akan dibuat untuk pengiraan kos jualan dan pengiraan keuntungan perniagaan


  • Bagi Sumber kemanusiaan pula, pemilik memilih pekerja melalui sesi temuduga sebagai salah satu syarat yang harus dilakukan, walaubagaimanapun pemilik tidak memerlukan pekerja yang berpengalaman dalam bidang ini kerana mereka akan dilatih kelak. Selain itu, mereka akan diberi gaji pada setiap akhir bulan. Setakat ini pemilik memiliki seorang pekerja sepenuh masa dan 9 orang pekerja part-time. 
  • Operasi perniagaan ini yang dijalankan melalui perhubungan antara dua hala seperti Ahza burger dengan pembekal JNJ bakeri untuk mendapatkan bekalan roti dijamin halal. Pada setiap awal pagi, Encik Ahmadi akan memproses daging untuk dijadikan daging burger seperti daging lembu dan daging ayam agar dapat menghasilkan daging yang baru dan berkualiti kepada pelanggan. Tambahan, Ahza burger juga mendapatkan serbuk Cheese dari pembekal di kedah melalui penghantaran  pos laju.



Rumusan

Ringkasan daripada temubual tersebut, sekiranya ingin memulakan sesuatu perniagaan modal merupakan perkara utama yang perlu dititik beratkan agar perniagaan akan mendapat pulangan balik keuntungan. Peniaga perlukan mengetahui sasaran pasaran yang harus disasarkan kerana di persekitaran yang agak sibuk dikawasan bandar, manusia akan mencari sesuatu produk yang segera dan mudah diperolehi. Sumber kemanusian perlulah diambil perkara yang penting agar kebajikan pekerja dijamin terjaga dan haruslah mencari pekerja yang produktif. Di dalam sesebuah perniagaan, sebagai pemilik syarikat, kita mestilah mengadakan hubungan baik diantara pembekal dan pengguna agar mewujudkan kesetiaan diantara saluran perniagaan.

No comments:

Post a Comment