Friday, February 27, 2015

Temuramah Bersama Syarikat MDS Mart Sdn. Bhd.

SESI TEMUBUAL DI SYARIKAT MDS MART


Tajuk      : Perbincangan Mengenai Human Resource (Sumber Manusia)
Tarikh    : 25/02/2015
Masa       : 2.00 petang
Tempat   : MDS Mart Sdn Bhd No 58H, 2nd Floor, Medan Jaya Commercial Centre ,
                  Jalan Tun Hussien Onn 97000 Bintulu Sarawak, Malaysia



Nama : Puan Bidah Binti Bujan
Umur : 52 Tahun
Jawatan : Human Resource Supervisor
Tarikh Mula Berkhidamat : 07/10/2007


Pengenalan Syarikat

Pada tarikh 25/02/15 yang lepas, kumpulan kami telah melakukan satu sesi temubual bersama pihak pengurusan sumber manusia di MDS Mart Medan Jaya. Syarikat ini telah didaftarkan dibawah perniagaan sendirian berhad. Pada permulaan perniagaan, nama syarikat ialah Medan Discount Store (MDS) tetapi telah diubah kepada MDS Mart Sdn Bhd apabila perniagaan ini telah berkembang maju. Syarikat ini mempunyai enam cawangan di sekitar Sarawak. Antara cawangan perniagaannya ialah di Medan, Kemena, Kg.Baru, Tatau, Jepak dan paling terbaru di Sibu. Seperti apa yang kita lihat, kita hanya tahu bahawa Mds Mart merupakan sebuah pasaraya. Tetapi hakikatnya, syarikat ini mempunyai pelbagai bentuk perniagaan lain seperti kopitiam, ayam asia bbq dan juga gudang pengstokan. Gudang ini bertujuan untuk mengedar barang kepada syarikat serta untuk penjualan umum kepada individu atau syarikat lain yang berminat.

Aspek Pemilihan Pekerja



Pembahagian Tugas Pekerjaan Mengikut Pendidikan 



Jenis Peruntukan Syarikat pada Pekerja

Ø  Tempat Tinggal terbahagi kepada 3 iaitu :-

i)                    Pekerja yang sudah mempunyai keluarga
ii)                  Lelaki
iii)                Wanita

            (Sewa Tidak Dikenakan Melainkan Bil Elektrik RM 50 seorang/sebulan)

Ø  Pengangkutan (Disediakan bagi yang tidak mempunyai kenderaan)
             2 waktu pengangkutan disediakan :-

·         Waktu pagi jam 8.00 a.m (Kemasukan Pekerja)
·         Waktu malam jam 10.00 p.m (Kepulangan Pekerja)

Ø  Insurans (Pelindungan Diri)

·         Beri kos rawatan jika berlaku sebarang kemalangan sama ada di dalam syarikat dan luar syarikat

Ø  Latihan Bekerja

·         Pekerja baru mahu pun lama akan diberikan latihan bagi menyesuaikan diri dengan prosedur serta tatacara syarikat
·         3 bulan masa latihan diberikan dan akan dipantau oleh supervisor yang terlibat
   
Ø  Gaji

·         RM 800 kepada pekerja biasa
·         RM 2000 kepada pekerja bahagian pejabat
·         Gaji dinaikkan mengikut prestasi kerja

Prosedur Pengambilan Pekerja (Temuramah)

-         - Perlu melalui sesi temuramah
-         - Penilaian melalui latar belakang pemohon
-         -Pengisian borong sebelum temuramah dilangsungkan
-         -Keputusan penerimaan dan penolakan pekerja dilakukan pada waktu temuramah 

     
 Kesalahan dan Tindakan yang diambil oleh Syarikat kepada pekerja


Rumusan

Pemilihan pekerja bagi sesebuah syarikat sangat penting kerana komitmen mereka mampu melancarkan pengurusan serta pentadbiran perniagaan. Faktor penting seperti latar belakang pekerja perlu dinilai bagi menjamin pekerja dapat memberikan yang terbaik pada syarikat. Konklusinya, pemilihan pekerja mestilah menepati kriteria setiap jawatan yang diberikan supaya syarikat mampu mencapai misi serta visi mereka. 


                                                       Gambah Rajah 2 Bersama Puan Bidah

No comments:

Post a Comment