Tarikh: 23/12/2014
Aktiviti : Perbincangan Latar Belakang Syarikat
Petitzel Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 08 Disember 2014. Aktiviti utama syarikat kami adalah menjual daging burger secara komersial dengan ramuan yang istimewa dan menepati citarasa masyarakat Malaysia. Produk kami ini dijual dengan skala yang kecil untuk permulaan perniagaan.
Syarikat ini adalah syarikat persendirian yang terdiri daripada enam orang sahabat iaitu Mohd. Nur Herman Bin Abdul Aziz, Mohd Afiz Bin Abdullah, Mohd Amirul Bin Mohd Azhar, Nur Amira Bt. Abd Rahman, Nurul Najihah Bt. Mazllee dan Angeline Tiong Ak Francis Akin. Tercetusnya idea untuk menubuhkan perniagaan ini adalah berikutan dengan minat kami sendiri memandangkan penjualaan daging burger ini merupakan antara makanan kegemaran oleh semua peringkat umur.
- Latar Belakang Syarikat :
- Proses Penubuhan Syarikat :
Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn.Bhd) Antara prosedur yang perlu dilakukan ketika proses pendaftaran ialah :-
(Peringkat Pertama)
Permohonan Pencarian Nama Syarikat - Nama syarikat yang dipilih perlu mendapatkan kelulusan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk meneruskan peringkat seterusnya.
(Peringkat Kedua)
Menyediakan dan Mengisi Borang Penubuhan Syarikat - Mengisi Borang 9 atau nama lainnya ialah Sijil Penubuhan Syarikat. Antara dokumen yang perlu dilengkapkan ialah :
1) Memorandum dan Artikel Syarikat (M&A)
2) Borang 48A (Perlantikan Pengarah)
3) Borang 6 (Penyata Pematuhan)
(Peringkat Terakhir)
Pengambilan Borang 9 dan Penyerahan Dokumen
- Selepas kesemua borang diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sijil Penubuhan Syarikat (Borang 9) dikeluarkan. Antara dokumen yang perlu diserahkan utuk simpanan (SSM) ialah :
1) Borang 24
2) Borang 44
3) Borang 49
Rujukan : Nota Undang-Undang Pernigaan (SMG 2302)
- Latar Belakang Usahawan :